loading...
>
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
>

TERKINI- DATUK RAMLI MS JAWAB ISU KAHWIN LAIN.

TERKINI- DATUK RAMLI MS JAWAB ISU KAHWIN LAIN.




Umum telah mengetahui berlakunya sesuatu di antara Alyah dan suaminya Datuk Ramli Ms.Ianya menjadi viral setelah Alyah memuat naik gambar suaminya bersama seorang perempuan yang bernama Siti Hafilah Che Kar,yang di dakwanya telah menjadi isteri kedua suaminya itu.

Begitupun, ramai peminat dan haters masih terus tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku di antara mereka. Alyah yang telah dihubungi media sudah membuatkan kenyataan berhubung gambar tersebut namun Ramli MS pula masih mendiamkan diri.

Nah... baru sebentar tadi menerusi Berita Harian, Ramli MS yang dihubungi wartawan BH akhirnya tampil memberikan respon berhubung kontroversi berkahwin dengan wanita lain.

"Tanyalah Alyah sendiri," demikian komen komposer dan pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS berhubung isu dakwaan berkahwin dengan wanita dikenali Siti Hafilah Che Kar.

Menurut Ramli, dia tidak berminat untuk menjelaskan perkara itu kerana beliau bukan seorang yang gemar bercerita soal peribadi.

"Saya malas nak cerita. Anda tanyalah Alyah sendiri. Saya memang tak suka nak kongsi cerita peribadi dengan masyarakat.

"Selebihnya saya enggan komen," katanya ketika dihubungi BH Online.



0 Response to "TERKINI- DATUK RAMLI MS JAWAB ISU KAHWIN LAIN."

Post a Comment

loading...