Tindakan Ammar,anak Rozita Che Wan yang memuat naik sekeping gambar dengan caption 'Maldivies With Love' di Instagram telah menimbulkan beberapa isu yang tidak enak.
Menurut Rozita atau lebih mesra di panggil Che Ta,dia mengetahui tentang percutian Ammar,anak sulungnya ke Pulau Maldivies,Disember lalu.
"Saya tahu Ammar ada kekasih dan saya izinkan dia menyertai percutian keluarga itu.
"Tambahan pula, saya memang mengenali dan baik dengan mereka," katanya
MEREKA bukanlah bercuti berdua-duaan tetapi pergi bersama-sama keluarga sebelah kekasihnya," ulas pelakon jelita Rozita Che Wan berhubung percutian anak sulungnya, Ammar Effendy ke Pulau Maldives, Disember lalu.
an menghalang anak-anaknya jika ingin berkahwin dalam usia yang muda.
an menghalang anak-anaknya jika ingin berkahwin dalam usia yang muda.
Katanya, berkahwin di usia muda bukanlah sesuatu perkara yang salah kerana dia sendiri pernah melaluinya dahulu.
"Jika sudah sampai jodoh untuk anak-anak berkahwin pada usia muda, saya tiada halangan.
"Dahulu pun, saya berkahwin muda iaitu pada usia 20 tahun," katanya.
Dalam pada itu, kata Che Ta, dia tidak mahu semua anaknya melalui kehidupan seperti yang pernah dilaluinya dahulu.
Ekoran itu, dia sering memberi kemewahan selain menyediakan persiapan demi kemudahan masa depan ketiga-tiga anaknya itu.
"Saya tidak mahu anak-anak saya lalui apa yang saya rasa dahulu. Dahulu jika ingin sesuatu, saya terpaksa menunggu lama.
"Kadang-kadang, saya tidak dapat apa yang saya mahukan itu.
"Jadi, selagi saya mampu, saya akan beri apa saja kepada mereka," katanya.
Justeru pelakon Kiah Pekasam ini telah menyediakan simpanan, pelaburan dan rumah untuk kesenangan anak-anaknya itu.
Pada masa sama, kata Che Ta, sebagai ibu dia tetap memantau pergerakan anak-anaknya agar tidak menimbulkan sebarang perkara tidak elok di kemudian hari.
Selain Ammar, Che Ta juga mempunyai dua anak lagi iaitu Aniq Ezzra dan Aaisyah Dhia Rana.
0 Response to "Tak Halang Anak Bercuti Bersama Kekasih-Che Ta."
Post a Comment