loading...
>
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
>

DATA KOTAK HITAM MH17 DI DEDAHKAN.

DATA KOTAK HITAM MH17 DI DEDAHKAN.

KOTAK HITAM

London: Jurucakap Downing Street mengesahkan kotak hitam milik MH17 telah di hantar Lembaga Keselamatan Belanda (DSB)  ke ibu pejabat Cawangan Siasatan Kemalangan Udara British (AAIB) untuk di muat turun data dan melakukan analisis.Di jangka segala maklumat dan data mengenai kotak hitam itu akan di dedahkan minggu depan.

Menurut Perdana Menteri Britian David Cameron,keutamaan yang masih menjadi utama ialah mendapatkan akses ke lokasi nahas tanpa ada batasan.

Ini termasuk memberi ruang kepada pakar-pakar antarabangsa melakukan siasatan terhadap bangkai pesawat dan kawasan kemalangan serta mendapatkan mayat-mayat mangsa bagi tujuan pengecaman.

Britian digesa terus memainkan peranan aktif dalam penyiasatan termasuk siasatan jenayah yang mungkin akan menyusul kelak.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat Kabinet Pejabat Taklimat Bilik (COBR) kelmarin di samping membincangkan maklumat terkini berhubung nahas pesawat MH17 dan apakah respon kerajaan Britian terhadap insiden itu.

Perdana Menteri Britian itu turut meluangkan masa bertemu dengan keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden MH17 dan mengucapkan takziah.




0 Response to "DATA KOTAK HITAM MH17 DI DEDAHKAN."

Post a Comment

loading...