Bukan semua orang dapat pulang ke kampung berkumpul dengan ahli keluarga bagi menyambut Aidilfitri.
Begitulah dengan nasib yang menimpa salah seorang pekerja di plaza tol iaitu saudari Nur Syamimi Mohd Nozri,22 tahun.Menurutnya telah 3 tahun beliau bekerja di hari raya Aidilfitri.
Namun,tahun ini beliau menceritakan mengalami satu peristiwa pelik.Di lorong plaza tol yang di kendalikannya,kelihatan seperti sebuah kereta sedang melaluinya.Namun,bila diamati sebenarnya tiada lansung kereta di lorong itu.
Menyedari akan hal itu beliau terus membacakan beberapa potong ayat-ayat al-Quran dan seterusnya menhubungi penyelia bertugas bagi meminta bantuan.
Selain itu,antara pengalaman lain yang tidak dapat di lupakannya ialah menyaksikan sebuah lori melanggar papan tanda di lorong yang beliau kendalikan.Namun,semuanya selamat.
Sementara itu,rakan setugasnya iaitu saudara Mohd Ruzaini Anuwar,30 turut mempunyai pengalaman istimewa ketika bertugas di Aidilfitri.Antara pengalamannya ialah mendapat lemang yang di berikan oleh pengguna lebuhraya,Terubatlah juga perasaan untuk menyambut hari raya,menurut beliau.
0 Response to "KERETA HANTU DI AIDILFITRI"
Post a Comment