loading...
>
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
>

ANGKARA MERCUN - ANAK TERKULAI

ANGKARA MERCUN - ANAK TERKULAI
MERCUN BOLA
Malang memang tidak berbau.Begitulah nasib yang menimpa Abdul Rahman Endot,43,bapa kepada Mohd Hafi Rayan,2,yang maut terkena letupan mercun bola.

Kejadian itu di laporkan berlaku bukanlah di sebabkan bapanya yang bermain mercun.Ianya di baling oleh individu lain dan jatuh betul-betul di hadapan mereka berdua.Sebaik sahaja mercun itu meletop,Mohd Hafi Rayan terus terkulai bagaikan terkena tembakan.

Pada hari itu,mangsa dan bapanya mengikuti rombongan marhaban di sekitar kampungnya.Kejadian itu berlaku sekitar jam 12.30 tengah hari.

Abdul Rahman turut mengalami kecederaan di bahagian muka dan telinganya.Anaknya pula di sahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom,Kluang,Johor.

Menurut Abdul Rahman, anaknya yang bongsu daripada tiga beradik itu sebelum itu amat gembira kerana dapat bersamanya bertandang ke rumah jiran dan dari awal lagi merengek mahu mengikutnya bersama rombongan terbabit.
“Tak sangka, rupa-rupanya ia petanda dia meninggalkan kami buat selama-lamanya dan kami amat terasa dengan kehilangannya.
“Walaupun reda dengan ketentuan Ilahi, saya masih tidak dapat menerima bahawa kematian anak saya disebabkan kecuaian orang lain yang bermain mercun,” katanya.

Abdul Rahman berkata, dia masih terbayang telatah anaknya itu terutama dengan gelagatnya memakai baju Melayu ketika pagi Aidilfitri.
Katanya, dia juga membuang semua gambar kenangan anaknya itu kerana tidak sanggup menatapnya lagi.
“Saya juga berkemungkinan mengalami masalah pendengaran di telinga kiri kesan daripada kejadian letupan mercun ini.


“Saya juga seakan-akan trauma setiap kali mendengar dentuman mercun dan mahukan pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya menyebabkan saya kehilangan anak,” katanya.


0 Response to "ANGKARA MERCUN - ANAK TERKULAI"

Post a Comment

loading...