Melalui laporan akbar yang di petik daripada Sinar Harian,Polis Sabah telah mengesahkan terdapat gerakan membawa Sabah keluar dari Malaysia.
Laporan akbar itu turut memetik sebuah kumpulan yang menggelarkan diri mereka Sabah Sarawak Keluar Malaysia,telah giat menjalan propaganda mereka melalui media-media soaial seperti di Laman Muka Buku dan Twitter.
Mereka juga di katakan telah memasuki kampung-kampung di pendalaman bagi mengedarkan risalah-risalah berkaitan dan menyampaikan ceramah.Menurut Ketua Polis Sabah,mereka yang terbabit akan disiasat di bawa Seksyen 4 (1) Akta Hasutan .
Pihak Polis juga dikatakan sedang giat mengesan dalang di sebalik penyebaran risalah-risalah tersebut.
Pada warga Sabah dan Sarawak,di harap tidak terpedaya dengan propaganda yang di sebarkan.Ianya hanya akan memburukkan lagi keadaan dan menganggu keteteraman awam.
Sumber:Sinar.
Berdasarkan laporan akbar di atas,di kita merasakan ada memang telah wujud gerakan Sabah Sarawak keluar Malaysia ini.
Mengapakah gerakan ini muncul?Apakah tujuan di sebalik gerakan ini?
Berdasarkan sedikit servey di internet,memang telah lama perkara ini di mainkan.Antara yang menarik perhatian adalah alasan untuk Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia ialah Perjanjian Malaysia 1963 tidak sah mengikut undang-undang dan melanggar United Nations Decolonisation Declaration 1960 (http://www.beritasemasa.com.my/sabah-sarawak-keluar-malaysia).Perkara ini di bangkitkan oleh seorang individun yang bernama Lina Soo yang merupakan Presiden Pertubuhan Aspirasi Rakyat Sarawak (SAPA).
Apa itu Perjanjian Malaysia 1963?Di sini di sertakan sedikit butiranya.
- Perjanjian Malaysia 1963 tidak sah dan ditolak Malaya melalui tempoh 51 tahun dan kegagalan menghormati perjanjian itu, kata
- Perjanjian penyatuan Malaya, Sarawak dan Sabah sebagai satu negara melanggar tatacara undang-undang antarabangsa, yang menyatakan hanya negara merdeka boleh menyertai perjanjian antarabangsa.
- Perjanjian Malaysia 1963 tidak ditandatangani antara lima negara merdeka, namun disertai antara dua negara bebas – United Kingdom dan Persekutuan Tanah Melayu – dengan negara separuh koloni Singapura dan dua koloni Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak
- 5 individu yang menandatangani untuk Sarawak – P.E.H Pike, T Jugah, Abang Haji Mustapha, Ling Beng Siew dan Abang Haji Openg – tidak mempunyai mandat rakyat Sarawak, kerana masih lagi menjadi koloni tanpa wakil kerajaan.
- Perjanjian Malaysia 1963 telah melanggar Konvensyen Vienna berkenaan Lawof Treaties Customary International Law, 1980 (VCLT 1980).
- Perjanjian Malaysia 1963 melanggar Artikel 5, United Nations Decolonisation Declaration 1960 (UNDD 1960) apabila Britain dan Malaya merancang untuk memindahkan kemerdekaan koloni Borneo kepada Malaysia melanggar Artikel 5 UNDD 1960, kerana gagal memindahkan kesemua kuasa kepada rakyat dan penafian untuk kebebasan mutlak
- Menurut UN Charter on Self-Determination Malaya sebagai kuasa bebas, tidak mempunyai hak perundangan, mandat atau kuasa mencampuri hubungan Borneo
- Manakala Britain telah pecah amanah apabila gagal menghormati Cession Treaty 1946 untuk memastikan kemerdekaan Sarawak ketika rakyat negeri itu bersedia untuk mentadbirnya.
- Asas pembentukan Malaysia, Suruhanjaya Cobbold dan United Nations Assessment Mission tidak dilakukan dengan sempurna di mana Suruhanjaya Cobbold hanya bertemu 4,000 penduduk Sabah dan Sarawak dengan populasi 1.2 juta dan mendakwa menerima 2,200 memo dan surat daripada orang ramai
- “bukti kecil” menunjukkan bantahan terhadap pembentukan persekutuan, meskipun ribuan membantah di Sarawak dan penahanan pemimpin anti Malaysia termasuk pengharaman akhbar Cina pada masa itu.
- Perjanjian Perjanjian Malaysia 1963 masih lagi sah meskipun ia seharusnya terbatal apabila pemisahan dengan Singapura pada 1965 berlaku tanpa persetujuan semua pihak termasuk tanpa rundingan dengan Sabah dan Sarawak sekaligus berlakunya selepas itu pemindaan Perlembagaan Persekutuan pada 27 Ogos, 1967 untuk mengubah status Sarawak dan Sabah sebagai negeri ke-12 dan ke-13.
- Malaysia melanggar konsep asal pembentukan Persekutuan tiga negeri kepada kesatuan 13 negeri yang mana kuasa dan kemerdekaan dipegang oleh kerajaan pusat yang telah mberikan kesan kepada pelanggaran asas Perjanjian Malaysia 1963.
Dari apa yang kita dapati,memang telah lama wujud cakap-cakap dari sebilangan 'kumpulan' tertentu tentang menbawa Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.Di harap ianya dapat di pantau lebih mendalam oleh pihak berkuasa demi menjamin keharmonia Malaysia.
0 Response to "GERAKAN BAWA SABAH KELUAR MALAYSIA"
Post a Comment