loading...
>
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
>

DAUN KETUM DI BAWAH AKTA DADAH BERBAHAYA 1952

DAUN KETUM DI BAWAH AKTA DADAH BERBAHAYA 1952

frames
Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa InggerisKratom), ialah sejenistumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengahSemenanjung Malaysia serta di selatanThailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikatpula sebagai KratomNama botaninyaMitragyna speciosa korth.
Daun Ketum telah lama menjadi bahanperubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.
Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.
Pada tahun ini,Daun Ketum telah di istyiharkan sebagai dadah berbahaya.Ianya telkah di letakkan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 mengikut laporan akbar Sinar seperti di bawah.

JITRA - Kementerian Dalam Negeri akan mewartakan penyalahgunaan daun ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, kata Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, penguatkuasaan terhadap penyalahgunaan daun ketum akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat oleh pasukan polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.
    
"Sehubungan itu penanaman pokok ketum, memproses daun ketum menjadi air dan pengedaran bahan ketum adalah menjadi kesalahan yang akan dibanteras," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
    
Beliau yang juga naib presiden Umno merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kubang Pasu.
    
Penyalahgunaan daun ketum sebelum ini diletakkan di bawah Akta Racun 1952.
    
Sementara itu Ahmad Zahid berkata, kerajaan bercadang untuk membina pagar berelektronik di kawasan sempadan negara termasuk di Sabah dan Sarawak bagi mengelak kegiatan penyeludupan.

Beliau berkata pagar sempadan sedia ada didapati rosak akibat perbuatan penyeludup menyeludup keluar barangan bersubsidi dan menyeludup masuk dadah.
    
"Hampir RM5.2 bilion barangan bersubsidi seperti diesel dan petrol diseludup keluar ke negara jiran dan ia amat merugikan kerajaan," katanya. - Bernama

0 Response to "DAUN KETUM DI BAWAH AKTA DADAH BERBAHAYA 1952"

Post a Comment

loading...