loading...
>
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
>

Zizan pula yang berdolak dalih.

Zizan pula yang berdolak dalih.



Kemelut yang tercipta antara Zizan - Emma dan pengurusan filem Usop Wilcha Dalam Warewolf Dari Bangladesh makin rumit.

Wakil promosi filem Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh, Zubir Badar Shahir menjelaskan pihaknya tiada masalah dengan komitmen Emma Maembong tetapi benar-benar ralat dengan sikap dolak-dalik Zizan Razak.

Berikut apa yang di lontarkan Zubir mengenai sikap Zizan yang di katakan berdolak dalih.


"Benar apa yang diberitahu Emma kepada BH Online. Kami tak salahkan dia dalam hal ini. Tetapi yang menjadi masalah besar kami ialah sikap Zizan sendiri. Memang benar majlis pra tonton diputuskan pada saat akhir. Tapi bukanlah esok nak buat, hari ini baru maklum.

"Malah saya sendiri dimarahi pihak pembantu peribadi Zizan kerana suka hati nak anjurkan pratonton bertarikh semalam. Cuma akhirnya awal minggu lalu, pembantu peribadinya memaklumkan Zizan akan hadir juga.
"Tetapi dijadikan cerita sehari sebelum pratonton berlangsung, pembantu peribadinya menghubungi saya memaklumkan Zizan ada penggambaran tambahan filem Polis EVO. Mulanya ingat kalau Emma tak datang, sekurang-kurangnya Zizan ada. Tapi akhirnya Zizan pun tak ada," kata Zubir.
Menurut Zubir, dia benar-benar kecewa dengan sikap Zizan yang sesuka hati mengutamakan perkara lain sekalipun sudah menyatakan persetujuan untuk hadir ke pra tonton filem arahan Mamat Khalid ini.
"Malah semalam saya melihat dia memuat naik gambar di laman Instagram di stesen radio IM4u FM mempromosikan filem Cicak Man 3. Kenapa jadi begitu sedangkan dia perlu datang ke pra tonton filem Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh," kata Zubir.

0 Response to "Zizan pula yang berdolak dalih."

Post a Comment

loading...