loading...
>
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
>

Kenapa Peminat Lisa Surihani Bergaduh Di Instagram.



Lisa Surihani adalah antara artis mempunyai pengikut yang ramai di Instagram.Sehingga artike ini di tulis kira-kira 1.3 juta pengikut Lisa di hub media sosial itu.

Tentu Lisa berhadapan dengan pelbagai cabaran bagi mengendalikan akaun Instagramnya yang mempunyai pengikut yang cukup ramai.


Ada yang tidak berpuashati tentang sesuatu perkara hingga menyebabkan berlaku pertikaman lidah melalui komen-komen yang di hantar.

Namun bagi Lisa,dia punya cara tersendiri bagi mengelakkan pengikutnya menjadikan akaun instagramnya sebagai medan pertempuran dikalangan pengikutnya.

Setiap perkara yang ingin di kongsikan akan di fikirkan dahulu kesannya.Samada pengikutnya boleh terima atau tidak.

Ikuti komen Lisa tentang pergaduhan pengikut di medan instagram.


Apa komen Lisa mengenai isu ini? Jawapannya ada dalam temu bual aktres ini bersama majalah Harmonikeluaran 15 hingga 28 Februari 2015 yang berada di pasaran.
“Ada kalanya ada juga pengikut berdebat antara satu sama lain. Tapi jarang sekali. Jadi, sebelum saya muatnaik apa-apa di Instagram, saya akan berfikir beribu kali sama ada ia patut dimuat naik ataupun tidak.
“Saya hanya ikut arus pemodenan semasa, yang mana medium media sosial ini adalah apa yang tengah hangat sekarang.
“Memandangkan, kerja saya di bidang hiburan, saya memahami bahawa pengikut gemar mengikuti perkembangan artis kegemaran mereka.
 “Saya akan kongsi tetapi ada batasannya, biar dalam kadar sederhana dan tidak keterlaluan,” kata Lisa.
Bebas Kontroversi
Tidak hairanlah, Lisa ‘bersih’ daripada kontroversi panas sepanjang penglibatannya dalam bidang seni. Jika ada pun, cuma sekadar gosip biasa yang menjadi lumrah insan bergelar selebriti.



“Dari awal lagi sejak saya menceburi bidang ini saya memang berhasrat untuk bergerak secara serius. Jadi saya mengambil keputusan mencuba sebaik mungkin untuk mengelak daripada sebarang masalah.
“Segalanya bermula daripada niat. Niat saya dalam industri ini adalah untuk belajar dan mendapatkan rezeki untuk keluarga.
“Disebabkan minat yang mendalam, saya juga tidak pernah jemu mencuba sebaik mungkin untuk bekerja dengan jujur dan mengamalkan hubungan kerja yang baik dengan semua orang,” ujar aktres berusia 29 tahun ini lagi.

0 Response to "Kenapa Peminat Lisa Surihani Bergaduh Di Instagram."

Post a Comment

loading...