loading...
>
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
>

Nafi lesapkan duit pelabur.Eira Syazira & Azad buat sidang akhbar.




Oleh RTKY Staff pada
29 January 2015, 10:01PM

Panas..panas..panas...Tidak mahu perkara merebak dan menjadi lebih teruk serta mejejaskan reputasi mereka, Eira Syazira dan juga suaminya Azad Jazmin akan mengadakan sidang akhbar tergempar bagi menjelaskan kedudukan mereka dalam perniagaan Rania Marketing Sdn. Bhd.
Semalam, Eira turut berkongsi beberapa video pendek dalam Instagram miliknya mengenai rungutan beberapa pelabur dalam perniagaan itu yang didakwa menjadi mangsa penipuan syarikat tersebut.
“Kami berdua memang tidak ada kena mengena dengan Rania Marketing lagi. Buat masa ini kami tidak boleh berkongsi apa lagi dengan pihak media, tetapi dalam waktu terdekat ini kami akan mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan kedudukan sebenar,” katanya kepada Utusan Malaysiaketika dihubungi hari ini.
Menurut Eira, dia dan Azad selaku ketua untuk perniagaan berkonsepkan rangkaian pemasaran itu terpaksa bertindak sedemikian untuk menjaga kepentingan orang bawahannya.
“Hampir 1,000 orang di bawah saya yang terjejas kerana langsung tidak mendapat pulangan daripada pelaburan yang mereka buat. Jadi sebagai orang yang bertanggungjawab yang memperkenalkan perniagaan ini kami mahu perjuangkan hak mereka,” katanya.
Selain itu, kami turut difahamkan bahawa Rania Marketing adalah milik Datin Muniroh Shuhaimy yang juga ibu kepada bekas isteri Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani.

0 Response to "Nafi lesapkan duit pelabur.Eira Syazira & Azad buat sidang akhbar."

Post a Comment

loading...