loading...
>
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
>

AG Hot FM Dedahkan Sebab Scha Tinggalkan AJL.

AG Hot FM Dedahkan Sebab Scha Tinggalkan AJL.

ag hot fm pasal ajl29 mungkin scha al- yahya ada masalah


Pengacara Muzik Muzik , AG Hot FM akui baru mengetahui bahawa Scha Al-Yahya bakal meninggalkan Muzik Muzik dan tidak lagi bersamanya lagi dalam program itu pada musim yang baru akan datang.
AG Hot FM berkata dia hanya mengetahui mengani hal itu selepas melihat posting yang dimuat naik Scha di laman sosial Instgram miliknya yang memberitahu dia tidak lagi bersama Muzik Muzik akan datang.
“Sebenarnya Scha tak pernah pun beritahu saya apa-apa mengenai keputusannya untuk meninggalkan Muzik Muzik. Saya tahu pun dari Instagram dia.
“Selepas saya tahu itu, saya terus lah menelefonnya untuk bertanyakan menganai hal itu. Dia hanya menjawab dia segan untuk berkongsi dengan saya. Jadi saya pun tidaklah bertanya lanjut,” katanya kepada murai.com.my
AG ditemui selepas rakaman program baru TV3 iaitu Ye Ke?!  baru-baru ini. Dalam program tersebut AG bertindak sebagai hos bergandingan dengan Fauziah OG Ahmad Daud.
Apabila diminta mengulas mengenai komen-komen negatif penonton di luar yang berpendapat Scha ketika mengacara malam Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) itu kelihatan lesu dan membosankan, AG memberitahu dia sendiri tidak menyedarinya sehingga menerima banyak maklum balas yang sama selepas tamat anugerah tersebut.
“Saya sebenarnya tidak perasaan banyak perubahan pada Scha kerana sejak kami rehearsal bersama pun dia baik-baik sahaja. Yelah sebagai hos yang bergandingan bersama saya juga terasa apabila ramai yang memberi feedback begitu.
“Bagi saya kalau hos berdua, saya anggap kami bekerjasa bersama dan tidak mahu salah seorang tenggelam.
“Tapi bila orang perasan ada kelemahan pada dia pada malam itu, saya tidak tahulah apa sebabnya. Saya anggap mungkin dia ada masalah atau sedang runsing memikirkan anaknya di rumah atau sebagainya. Tapi terus-terang saya sendiri tidak tahu apa puncanya,” jelasnya.
AG bakal bergandingan dengan seorang pengacara wanita yang lain yang masih belum diumumkan untuk Muzik Muzik musim baru akan datang yang akan bermula tidak lama lagi.

0 Response to "AG Hot FM Dedahkan Sebab Scha Tinggalkan AJL."

Post a Comment

loading...