loading...
>
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
>

TIADA TAJAAN KEGANASAN - TESCO MALAYSIA.

TIADA TAJAAN KEGANASAN - TESCO MALAYSIA.

TESCO MALAYSIA
Berikutan penyebaran dakwaan yang mengaitkan Tesco Malaysia sebagai salah satu penyumbang atau menyalurkan keuntungan kepada Israel menyaksikan Pengarah Perhubungan Kerajaan dan hal Ehwal Koporatnya, Azlam Shah Alias,menangkis dakwaan tersebut.

Menurut beliau,Tesco Malaysia adalah satu syarikat awam yang tidak bersifat politik.Malahan Tesco Malaysia mematuhi polisi dimana tidak akan terbabit dan menyalurkan sumbangan dan tajaan berbentuk politik.

Menutut beliau lagi,Tesco Malaysia menolak sekeras-kerasnya dakwaan yang mengaitkan syarikat itu menyalurkan keuntungan kepada Israel lebih-lebih lagi dengan isu serangan di Gaza.

"Sebarang dakwaan berkenaan perkara ini adalah tidak benar sama sekali," katanya menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini, Ahad.

Kenyataan tersebut dikeluarkan setelah aduan diterima daripada laman-laman sosial yang mengaitkan pusat beli-belah antarabangsa itu dengan krisis di Gaza.

Katanya, Tesco yang dimiliki oleh pemegang saham dari seluruh dunia dan berpengkalan di United Kingdom sentiasa berpegang teguh kepada prinsip perniagaan yang bertanggungjawab dan beretika.

"Sebarang dakwaan yang bertentangan akan dianggap sebagai satu fitnah," menurut kenyataan tersebut.

Tambahnya, Tesco juga menjadi sebahagian daripada komuniti setempat di Malaysia dengan menawarkan peluang pekerjaan kepada lebih 11,000 rakyat Malaysia dan memberikan layan mesra kepada pelanggan.

"Kami juga mempunyai lebih 3,000 pembekal tempatan termasuk pembekal IKS yang berkerjasama dengan kami dalam membekalkan produk-produk berkualiti pada harga berpatutan.

"Kami juga menyokong program-program yang bermakna bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik, terutamanya dalam musim Ramadan dan Aidilfitri melalui program Kasih Ramadan kami baru-baru ini." 

0 Response to "TIADA TAJAAN KEGANASAN - TESCO MALAYSIA."

Post a Comment

loading...