Seremban: Seorang pekerja Kompleks Sukan Nilai, Amir Fazli Suhaimi, 18, yang dijumpai meninggal dunia dalam keadaan tertiarap dalam lubang di tapak pembinaan Batu 3, Jalan Labu, di sini, kelmarin, dipercayai dibelasah hingga mati oleh kumpulan bermotosikal akibat perbuatannya membunyikan enjin motosikal dengan kuat di persimpangan lampu isyarat di Senawang, dekat sini, malam Sabtu lalu.
Menurut sumber, siasatan awal polis mendapati sebelum mayatnya ditemui orang ramai jam 8.20 pagi, mangsa yang tamat bertugas di kompleks itu meminjam motosikal Yamaha 125Z milik rakan sekerjanya Muhamad Suhaimi Rashid, 19, untuk ke Senawang, di sini.
“Selesai bekerja jam 11 malam, dia menunggang motosikal sendirian mengikuti rakannya ke Senawang.
“Ketika tiba di satu persimpangan lampu isyarat, dia dikatakan membunyikan enjin motosikal terhadap kumpulan motosikal lain.
“Ketika tiba di satu persimpangan lampu isyarat, dia dikatakan membunyikan enjin motosikal terhadap kumpulan motosikal lain.
PASANGAN kekasih yang ditahan bantu siasatan.
“Disebabkan tidak puas hati, lima individu yang menunggang motosikal berkenaan mengejar mangsa dari Senawang hingga ke lokasi penemuan mayatnya (Jalan Labu),” kata sumber itu di sini, semalam.
Sumber itu berkata, polis percaya sejurus tiba di tempat kejadian, motosikal ditunggang mangsa disepak kumpulan terbabit menyebabkannya terjatuh sebelum diseret dan dipukul hingga mati.
“Hasil bedah siasat dibuat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) menunjukkan mangsa dipukul dan dihentak menggunakan objek,” kata sumber itu lagi.
Menurut sumber itu, mayat mangsa ditemui dalam keadaan tidak berbaju, selain mengalami patah kaki kiri, lebam mata kanan dan berdarah di hidung serta mulut.
“Hasil siasatan, polis menahan sepasang kekasih berusia 21 tahun dan 19 tahun yang disyaki terbabit dalam kejadian itu di Ampangan, jam 6 petang kelmarin,” kata sumber itu.
sumber : http://www.hmetro.com.my/
0 Response to "MATI DIPUKUL KERANA 'REM' MOTOR DI LAMPU ISYARAT"
Post a Comment