loading...
>
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
>

IKLAN KHAS KANAK-KANAK MANGSA ZIONIS

IKLAN KHAS KANAK-KANAK MANGSA ZIONIS

Foto

London: Save The Children,sebuah badan pertubuhan kebajikan kanak-kanak telah membelanjakan sejumlah wang untuk membeli iklan satu muka penuh dalam akhbar di Britain semalam.
Ianya bertujuan untuk memaparkan nama 373 kanak-kanak Palestin yang terbunuh akibat keganasan tentera rejim Zionis di Gaza sepanjang tempoh 8 Julai sehingga 3 Ogos lalu.
Iklan hitam putih berkenaan muncul dalam akhbar utama Britain dan nama mangsa keganasan Israel itu diperoleh daripada Pejabat Hal Ehwal Penyelarasan Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) serta Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza. 

Ia juga merupakan sebahgian daripada kempen yang dilakukan untuk mendesak gencatan senjata betkekalan di wialayah tersebuat. Para pembaca di alu-alukan untuk menghantar teks ucapan kepada mangsa-mangsa.
KANAK_KANAK meratapi kehilangan ibu bapa serta saudara mereka di tangan tentera rejim Zionis.
Jurucakap pertubuhan itu berkata, gencatan senjata berkenaan perlu diadakan demi kanak-kanak Gaza dan Israel. 
Gaza dilanda peperangan selepas Israel memulakan kempen keganasan ke atas wilayah Palestin itu mulai 8 Julai lalu.

Lebih 1,800 orang penduduk Palestin - kebanyakannya orang awam - terbunuh dalam konflik berkenaan. 

Kelmarin Israel dan Hamas bersetuju mengadakan gencatan senjata 72 jam namun seperti selalu tiada sebarang jaminan ia bertahan lama.

Dalam kenyataan berasingan ,petubuhan kebajikann kanak-kabakmitu menyatakan yang sistem kesihatan awam di Gaza telah runtuh sama sekali.hampir setengah juta penduduk telah kehilangan tempat tinggal. 

Pegawainya, David Hassell berkata gencatan senjata memang sangat mendesak ketika ini.- AFP

0 Response to "IKLAN KHAS KANAK-KANAK MANGSA ZIONIS"

Post a Comment

loading...