loading...
>
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
>

BUKTI BARU MH17

BUKTI BARU MH17

Foto
Kuala Lumpur: Pihak penyiasat memperoleh imej rakaman dan bukti baru kewujudan trak model Volvo yang dikesan membawa sistem peluru berpandu BUK sejurus pesawat MH17 ditembak jatuh.
Agensi media Dailymail.Uk dipetik berkata, bukti yang juga petunjuk utama itu boleh mengaitkan pemberontak pro-Russia berikutan pemilik kenderaan itu mendakwa kumpulan pemberontak merampas trak itu sembilan hari sebelum kejadian.
Pemilik trak Volvo berwarna putih berasal dari Wilayah Donetsk mengenal pasti kenderaan itu miliknya dan mendakwa ia digunakan pemberontak untuk menembak pesawat MH17 pada 17 Julai lalu.

Rakaman itu yang diperoleh polis Ukraine menunjukkan imej sistem peluru berpandu BUK pada trak Volvo diseludup keluar dari timur Ukraine pada awal pagi 18 Julai, sehari selepas tragedi pesawat MH17.
Berita di laman web Lithuanian mendedahkan pemilik trak dikenali sebagai Vasiliy itu memberitahu agensi perisikan Barat memperoleh imej pergerakan trak miliknya itu.

Laman web itu berkata, Vasiliy kini saksi baru untuk jenayah dahsyat berkenaan.
Sementara itu,pengesahan kewujudan pesawat peninjau Amerika Syarikat (AS) yang melalui ruang angkasa Sweden pada 18 Julai lalu turut menimbulkan tandatanya berhubung kaitannya dengan indiden MH17.
Kehadiran pesawat peninjau AS itu dilaporkan oleh pihak media Sweden dan disahkan oleh pegawai tentera Amerika. 
Menurutnya, pesawat pengawasan elektronik Tentera Udara AS RC-135 itu didakwa terbang berhampiran Kalingrad, Russia antara Poland dan Lithuania sebelum terpaksa dilencongkan. 

Agensi berita ABC News dipetik berkata, pemerintah tentera AS di Eropah berkata, komander pesawat Tentera Udara AS RC-135 bertindak melencongkan pesawat selepas menyedari Russia melancarkan jet pejuangnya.
Sweden bukan ahli Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan kenyataan memberitahu bahawa juruterbang pesawat RC-135 diarahkan untuk memasuki ruang udara Sweden adalah satu kesilapan.
FotoFoto
Menurutnya, pesawat RC-135 melencong masuk ke ruang udara Sweden walaupun kebenaran berbuat demikian oleh Kawalan Trafik Udara dinafikan. 

Kejadian ini menimbulkan persoalan baru sama ada jet pejuang Russia yang memburu pesawat RC-135 milik AS tersalah sasaran dan menembak jatuh pesawat MH17. 

Ia juga menimbulkan kemungkinan sama ada MH17 disalah anggap sebagai pesawat pengawasan yang dihantar memasuki ruang udara timur Ukraine ataupun Russia. 

Pesawat pengawasan tentera Amerika Syarikat jenis Boeing 707 dilihat hampir menyerupai pesawat komersial awam. 
sumber : metro online

0 Response to "BUKTI BARU MH17"

Post a Comment

loading...