Mempunyai pekerjaan yang tetap sebagai pekerja teknologi maklumat ternyata tidak memberi kepuasan kepada seorang lelaki sehinggalah dia bertukar kerjaya menjadi mayat.
Chuck Lamb,yang menetap di kota London,memperolehi sehingga AS$1500(RM4828) sehari kerana melakonkan beberapa watak menjadi mayat di dalam filem dan siri televisyen.
Beliau sebelum ini pernah muncul di dalam rancangan televisyen seperti Jury dan filem Horrorween.
Menurutnya lagi,idea untuk menukar kerjaya itu muncul setelah dia menonton satu episod siri Law & Order bersama isterinya Tonya.
"Ia bermula seperti gurauan pada mulanya.Dan akhirnya saya menyedari yang bakat tidak di perlukan unutk berlakon menjadi mayat."
Lamb juga turut bercadang untuk mewujudkan satu laman sesawang yang akan memaparkan dirinya sebagai mayat.
Lamb mendapat idea kerjaya unik itu selepas menonton satu episod siri Law & Order: Special Victims Unit bersama isterinya Tonya.
Lamb berkata, dia mengimpikan watak yang membolehkan dia muncul di televisyen seperti siri penyiasatan itu.
“Ia semua bermula sebagai gurauan.
“Saya kemudian menyedari anda tidak perlukan sebarang bakat untuk menjadi mayat!” katanya.
Sejak itu Lamb mula menerima tawaran muncul dalam televisyen membawa watak mayat.
Lamb juga bercadang mewujudkan laman sesawang untuk memuat naik gambar dirinya sebagai ‘mayat.’ - Agensi
0 Response to "Suka Menjadi Mayat"
Post a Comment