POKOK KURMA BERBUAH DI KELANTAN.
Di Kelantan,keajaiban di katakan berlaku apabila beberapa batang pokok kurma yang di tanam di Bulatan Jam Besar berbuah lebat.
Menurut seorang pengunjung,Wa Mohd Zamanhuri Wan Mansor,sebaik sahaja mengetahui kewujudan pokok itu di sini,beliau membawa keluarga melihat sendiri keajaiban itu.Menurutnya,perkara itu amat mengejutkannya kerana pokok kurma yang biasanya hidupmsubur di tanah Arab kini berbuah lebat di Kelantan.
Seorang lagi pengunjung,Siti Nor Amirah Zukefli,Turut mengakui terkejut apabila mengetahui pokok kurma itu berbuah lebat.Ini kerana jarak pokok kurma itu dengan tempat pengajiannya hanyalah 500 meter.
Sementara itu,menurut Setiausaha Majlis Daerah Kota Bharu Bandarraya Islam,Rosnazli Amin,kewujudan pokok kurma itu setelah di tanam oleh bahagian landskap Malis Bandar Raya itu hanyalah sebagai hiasan kepada bandaraya ini selari dengan gelaran Bandar Raya Islam.
Menurutnya lagi,pokok kurma itu telah berbuah sejak tahun lepas.Namun kali ini ianya telah menarik perhatian orang ramai kerana buahnya melebat.Di jangka lebih 10 batang pokok yang buahnya akan masak dan boleh di nikmati oleh pengunjung menjelang bulan Ramadhan ini.
Pihaknya tidak menghalang pengunjung yang datang menikmati buah tersebut jika telah gugur namum tidak membenarkan pengunjung memetiknya kerana berharap pengunjung sama-sama mengekalkan keajaiban ini.
0 Response to "Pokok Kurma Berbuah di Kelantan"
Post a Comment