Jika sebelum ini kita asyik di dedahkan dengan kes-kes penceraian artis termasuk juga Yatt Hamzah yang telah memfailkan penceraian terhadap suaminya.
Tetapi,keesokkan harinya Yatt Hamzah menarik kembali kes penceraiannya dari makamah dan di lihat mesra bersama suami keluar bershopping.Dikhabarkan Yatt Hamzah meminta tempoh daripada makamah sebulan untuk menyelesaikan kesnya secara baik.
Rupa-rupanya dalam tempoh sebulan itu pasangan ini bermuhasabah diri masing-masing dengan membawa diri ke Syria.Menurut Yatt,melihatkan penderitaan wanita Syria yang kehilangan suami dan cara mereka menghargai suami membuatkannya insaf.
Kesimpulannya,masalah yang di hadapi adalah sangat kecil berbanding dengan wanita-wanita di sana.Dengan rasa rendah diri dia rasakan suaminya adalah insan terbaik dalam hidupnya dan telah ditakdirkan bersamanya.
Pemergiaan mereka berdua ke Syria telah membuka pintu hati mereka untuk kembali menjaga keharmonian rumahtangga dan bagi Yatt sendiri berazam menjadi seorang isteri yang terbaik disisi suami.
0 Response to "Punca sebenar Yatt Hamzah kembali kepada suaminya."
Post a Comment