Masih lagi dunia hiburan di Malaysia bercerita tentang perpisahan yang melanda dua selebriti ini,Zizan dan Emma.
Jika sebelum ini Zizan meminta pemberita memberi ruang kepadanya ketika disogok soalan berkaitan perpisahannya itu, hari ini menerusi sebuah portal berita, dia akhirnya membuka mulut.
Zizan memberitahu punca sebenar hubungan mereka berakhir adalah kerana hasratnya untuk memiliki sebuah kereta mewah berkuasa tinggi ditentang Emma kerana dianggap membazir!
Tambahnya lagi, sepanjang hubungannya dengan Emma berlangsung tiada perselisihan besar yang dihadapi namun titik tolak daripada keinginannya itulah ia mulai retak.
Kan,memang sesuatu yang agak mustahil.Hanya kerana sebuah kereta mewah telah menjadi punca putusnya ikatan kasih dua insan ini.
Emm..layan kan lah...Tapi apakah kereta mewah yang hendak di beli Zizan?
0 Response to "PUNCA PUTUSNYA CINTA ZIZAN-EMMA"
Post a Comment