Kemelut permasalahan antara Zizan dengan bekas pengurusnya masih lagi berterusan.
Berikutan bekas pengurusnya, Marina Juki yang memfailkan permohonan secara ex-parte bagi menghalang Zizan Razak daripada menandatangani sebarang kontrak baru atau endorsement dengan mana-mana produksi lain, pelawak ini menganggap tindakan tersebut sebagai menutup periuk nasinya.
"Tindakan dia benar-benar menutup peluang pendapatan dan periuk nasi saya. Ianya sangat di luar jangkaan dan tidak adil. Malah, saya tidak faham apa yang diinginkannya.
"Saya sangat kecewa kerana dia sanggup bertindak seperti ini untuk menghalang pendapatan melalui titik peluh saya sendiri," ujar Zizan.
Percaya keadilan akan berpihak kepadanya, Zizan memberitahu dia akan membuat rayuan mengenai perkara ini.
"Saya akan membuat rayuan dan saya percaya keadilan akan memihak kepada saya. Ini kerana saya sedar, saya tidak pun melakukan sesuatu perbuatan yang dianggap salah," katanya.
Pada 5 November lalu, Marina memfailkan saman terhadap Zizan menuntut ganti rugi khas bernilai lebih setengah juta ringgit berhubung perlanggaran kontrak.
0 Response to "Periuk Nasi Zizan Bakal Lebur."
Post a Comment