Pelakon dan pelawak popular Nabil Ahmad teruja apabila pertama kali di beri watak serius dalam telefilem Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris Pulak.
Mengakui yang dia agak gementar melakonkan watak dalam filem itu lebih-lebih lagi apabila berlakon di samping nama besar seperti Lisa Suriani.
“Susah sangat bawa watak romantik terutama sekali bila bergandingan dengan pelakon hebat seperti Lisa Surihani. Dia sentiasa memberi lakonan terbaik tetapi saya pula kelu dan malah tangan saya menggigil bila ada adegan berpelukkan,” ujar Nabil kepada mStar Online.
Nabil dan Lisa Surihani bergandingan untuk super telefilem Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris. Ia bakal bersiaran bermula 20 November ini di Astro First Eksklusif (Saluran 480).
Pelawak ini juga mengakui sebelum ini ada menolak banyak tawaran untuk membawakan watak serius dan air mata namun menerima tawaran berlakon untuk telefilem ini kerana ianya merupakan satu peluang untuk beliau bercuti ke Paris.
“Tahun ini sahaja ada empat atau lima drama yang memerlukan saya bawa watak air mata yang saya tolak. Saya terima sebab dapat bercuti di Paris, produksi mengaturkan jadual penggambaran dan mencari hos gantian untuk rancangan Meletop (siaran Astro Ria),” tambahnya.
0 Response to "Nabil gementar di peluk Lisa Suriani."
Post a Comment