KEPALA BAYI DI MAKAN BABI
Jiangsu: Seorang kanak-kanak di sini mati dan sebahagian kepalanya dimakan oleh seekor babi selepas dia merangkak masuk ke kandang haiwan itu.
Wei Tsao yang berusia dua tahun bermain di kebun ibu bapanya di Jiangsu, wilayah di timur China.
Dia merangkak masuk ke kandang babi berkenaan ketika ibu bapanya masuk ke rumah seketika.
Sebaik berada di kandang berkenaan, seekor babi betina membahamnya hingga mati, dipercayai kerana cuba melindungi anak yang baru dilahirkannya.
Babi berkenaan kemudian mula memakan kepala Wei Tsao.
Mendengar jeritan anak mereka, pasangan suami isteri itu meluru ke luar, tetapi keadaan sudah terlambat.
Si bapa, Sun Tsai, 25, berkata: “Kami hanya masuk ke rumah beberapa minit saja apabila mendengar jeritannya.
“Apabila kami keluar, kami melihat babi itu yang berada kira-kira 80 meter, mengunyah kepala Wei Tsao.
Penduduk kampung yang mengetahui kejadian itu bergegas ke tempat kejadian. Mereka menangkap babi berkenaan dan mengikatnya pada pokok sebelum membunuh dan membelah perutnya.
Di dalamnya mereka menemui sebahagian kepala Wei Tsao dan rambut yang mereka tunjuk kepada pihak berkuasa sebagai bukti babi itu membunuh kanak-kanak itu.
Ketua kampung Cheng Yuan, 62, menyifatkan kejadian itu sebagai tragedi paling buruk pernah menimpa penduduk kampung.
http://www.hmetro.com.my
0 Response to "KEPALA BAYI DI MAKAN BABI"
Post a Comment