BERKAHWIN TETAPI TIDAK BERSUAMI.
BERKAHWIN TETAPI TIDAK BERSUAMI |
Macam perkihmatan yang boleh di tawarkan jika kreatif.Di Kyoto,Jepun telah ada perkidmatan menawarkan perkahwinan solo kepada wanita-wanita yang mahu berkahwin tetapi tidah mahu komitmen dalam rumahtangga.
Khidmat yang disediakan itu termasuk membolehkan wanita berkenaan melalui dua hari penuh seperti bakal pengantin perempuan lain, dari memilih pakaian pengantin, memilih bunga, mendandan rambut dan mekap hingga memilih lelaki yang akan menemaninya untuk bergambar.
Syarikat berkenaan, Cera Travel di Kyoto berkata, setakat ini 10 wanita bersetuju menjalani perkahwinan sedemikian yang dikhususkan kepada wanita yang obses untuk hidup berdikari dan tidak bercita-cita untuk mendirikan rumah tangga tetapi mempunyai impian untuk merasai pengalaman menjadi pengantin.
Bagaimanapun, kosnya tidaklah semurah yang disangka walaupun seorang pengantin saja yang terlibat.
Menurut jurucakap syarikat terbabit, ia mengenakan bayaran kira-kira RM8,900 untuk setiap peserta.
Seorang ahli perniagaan wanita dipetik sebagai berkata, dia menjalinkan hubungan dengan lelaki selama beberapa tahun tetapi belum ada lagi lamaran diterima.
Kerana teringin sangat untuk memakai baju pengantin, dia memilih ‘perkahwinan solo’ dan mendakwa, majlis yang diadakan cukup hebat.
Perkhidmatan itu juga menyasarkan wanita yang sudah bercerai yang mahu merasakan diri mereka masih istimewa.
http://www.hmetro.com.my/
0 Response to "BERKAHWIN TETAPI TIDAK BERSUAMI"
Post a Comment