loading...
>
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
>

PERODUA PERJELAS ISU GANDAR TERCABUT

PERODUA PERJELAS ISU GANDAR TERCABUT

Gambar yang tersebar di laman sosial.

Beberapa gambar yang menjadi hot di media sosial berkenaan dengan kualiti kereta Perodua yang dikatakan mudah tercabut gandar belakangnya.

Isu ini telah mendapat perhatian dari pihak Perodua yang mana ia oleh menjatuhkan reputasinya sebagai pengeluar kereta di Malaysia.

Presiden Perodua dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, kerosakan yang ditunjukkan dalam gambar tersebut disebabkan pelanggaran antara Perodua Alza dan kenderaan lain.

"Dalam beberapa posting, mereka mendakwa bahawa kenderaan itu rosak akibat kawalan kualiti rendah. Kami ingin menegaskan bahawa Perodua tidak bertolak ansur terhadap kualiti dan kawalan kualiti sama ada dalam pengeluaran, jualan dan juga perkhidmatan selepas jualan kami," katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Aminar Rashid berkata, komitmen terhadap kualiti adalah satu komponen teras dalam setiap empat tonggak transformasi iaitu transformasi pengeluaran; transformasi produk; pembangunan dan penyelidikan dan transformasi perolehan; dan transformasi kepuasan pelanggan.

"Kami ucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami atas sokongan mereka. Perodua akan ambil apa sahaja tindakan yang perlu untuk melindungi nama dan imej dari sebarang bentuk fitnah dan libel," katanya.


0 Response to "PERODUA PERJELAS ISU GANDAR TERCABUT"

Post a Comment

loading...