loading...
>
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
>

GST + ^ RON 95 = ^ INFLASI

INFLASI BAKAL MENINGKAT.



Kemelut kenaikan harga minyak baru-baru ini masih lagi menjadi topik hangat di mana-mana sahaja.Pakar-pakar ekonomi yang berdaftar mahupun tidak masing-masing mengeluarkan hujah-hujah bernas.

Begitu juga di kalangan pengundi-pengundi yang berada di Malaysia ini.Di pihak kerajaan ada yang merelakan ianya berlaku manakala bagi yang berada di sebelah sana melontarkan rasa ketidapuashatian mereka terhadap kerajaan,termasuklah mereka yang mengundinya.



Isu kenaikan harga minyak ini memang di ambil berat kerana inanya mempengaruhi kelancaran kehidupan di bumi Malaysia.Mengikut sumber yang di ambil dari akbar Sinar,tulisan Tuan Ibrahim Tuan Man,rakyat marhaen di Malaysia akan menghadapi caran lebih getir kesan kenaikan harga minyak di tambah pula dengan perlaksanaan Gst mulai April tahun depan.

Mengikut tulisan beliau,Impak kepada inflasi akibat kenaikan 20 sen ini bakal dirasai sepenuhnya dalam jangka 3 bulan. Perkara ini akan diburukkan lagi apabila GST dilaksana pada bulan April.

Berdasarkan laporan “2H2014 Economic Outlook: External Positives Amidst Domestic Challenges”, inflasi meningkat mendadak dalam dua tahun pertama GST mula dilaksanakan di mana-mana negara.

Di Australia, tahun sebelum GST dilaksanakan, inflasinya hanya 1.8 peratus (%). Ketika GST dilaksanakan, inflasi melonjak ke 6%. Hanya selepas 2 tahun, inflasi menurun ke kadar 2.9% - tapi masih sekali ganda lebih tinggi daripada sebelum GST terlaksana.

Begitu juga di Singapura dan China. Sebelum GST dilaksanakan, inflasi hanya sekadar 0.8% dan 10.5%. Pada tahun GST dilaksanakan, inflasi di Singapura melonjak ke 5.4% manakala China 24.2%  sebelum turun ke 2.3% bagi Singapura dan 12.7% bagi China selepas 2 tahun.

Berdasarkan apa yang berlaku di Australia, Singapura dan China, Malaysia juga tidak akan terlepas daripada kenaikan inflasi mendadak ini di 2015 apabila GST diperkenalkan.

Ditambah pula dengan kesan inflasi akibat kenaikan harga minyak sekarang, tahun 2015 dijangka menjadi sangat dahsyat kepada rakyat marhaen.

Bersedialah menghadapinya. BR1M sebanyak RM1,000 (purata  RM83.33 sebulan) tidak akan dapat membantu rakyat marhaen menghadapi inflasi ini.


0 Response to "GST + ^ RON 95 = ^ INFLASI"

Post a Comment

loading...