Tya Adnan,Isteri Syukri Yahaya Ditahan Di Hospital.
AKIBAT jangkitan kencing tikus, isteri pelakon Syukri Yahaya, Tya Adnan dilapor dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kajang, baru-baru ini.
Aktor itu menyatakan keadaan isterinya semakin stabil setelah menerima rawatan namun terpaksa ditahan selama lima hari lagi bagi doktor memantau perkembangan kesihatannya.
“Doktor mengesahkan dia terkena jangkitan kencing tikus, alhamdulilah selepas dua hari ditahan di wad, keadaan isteri semakin stabil.
“Bagaimanapun, Tya terpaksa ditahan untuk tempoh tiga hari lagi kerana perlu dipantau doktor,” katanya dipetik Harian Metro.
Menurut Syukri, isterinya sudah mengalami demam yang berlarutan sejak 10 hari lalu sehingga badannya ditumbuhi bintik-bintik kemerahan sehingga dia kemudiannya mengambil keputusan membawa Tya mendapatkan rawatan di hospital.
Sementara isteri ditahan di wad, anak pasangan ini, Aaira Ameena dijaga oleh ibu Syukri, Ruhaini Malek.
0 Response to "Tya Adnan,Isteri Syukri Yahaya Ditahan Di Hospital."
Post a Comment