Pasangan Emma Maembong dan Zizan Razak rasanya patut jadi pasangan gosip paling hangat di Malaysia kot.
Ada sahaja cerita baru yang berlegar di media hiburan kisah mereka berdua.Jika semalam kisah Emma telah temui cinta baru apabila tinggalkan Zizan,harini ini muncul pula gosip hangat tentang punca Emma tinggalkan Zizan.
Peminat hiburan Malaysia pasti tahu Zizan yang sedang menghadapi pelbagai musibah dalam karier seninya.Namun semuanya rasanya berjaya di hadapi dengan ktenang oleh beliau.Nak di jadikan cerita,kesusahan yang di hadapi Zizan inilah di katakan menjadi punca Emma meninggalkannya.
Namun perkara ini dinafikan oleh Emma sendiri.Ikuti petikan percakapan Emma kepada wartawan Metro.
“Saya tidak tahu bagaimana cerita seperti itu boleh timbul. Jujur saya katakan, walaupun kami sudah tidak mempunyai hubungan saya tetap berkawan seperti biasa dengannya.
“Sejak dia berada di Maharaja Lawak Mega, Akademi Fantasia dan Anugerah Meletop Era baru-baru ini, saya tetap bersama menyokongnya.
“Kami sentiasa berhubung seperti biasa bertanya khabar berita. Jadi saya tertanya-tanya juga mana datangnya cerita yang saya menjauhkan diri pada saat dia sedang susah,” katanya.
Sabarlah korang berdua.Kalau ada jodoh tidak kemana kan..
0 Response to "Zizan dalam kesusahan punca Emma tinggalkannya."
Post a Comment