loading...
>
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
>

Status Sedih Nazim Setelah Di syaki Hidap Barah Otak

Status Sedih Nazim Setelah Di syaki Hidap Barah Otak.



Memang satu tamparan yang hebat apabila mengetahui diri ini menghidapi penyakit yang harapan untuk sembuh adalah mustahil.
Masih mengunci mulut mengenai penyakit sebenar yang dialaminya, Nazim Othman nampaknya lebih senang untuk meluahkan perasaannya menerusi laman Instagram.
Saban hari, pelakon kacak itu bagaikan memberi motivasi kepada diri sendiri supaya lebih tabah menghadapi dugaan kehidupan apabila berkemungkinan besar dirinya menghidapi kanser otak.
Jom baca antara status sedih yang di lontarkan Nazim.Sebak juga apabila membacanya..Sabarlah Nazim..


Kawan Saya Tak Ramai


Embracing the little things in life with a good friend of mine. Kita cuma perlu mereka yang menampakkan sisi jujur dan ikhlas bukan sekadar kata-kata.
Alhamdulillah walaupun kawan saya tak ramai, seorang dua yang membuktikan keikhlasan itu sudah cukup sempurnakan hidup ini.
Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kesejahteraan saya. Saya bersyukur. Semoga kita semua dirahmatiNya. Amin. – 4 Mac 2015

Ada Kebarangkalian Kita Tak Akan Bangun Kembali


Setiap kali tidur , ada kebarangkalian kita tak akan bangun kembali. Tapi Allah bangunkan kita, bagi kita nafas dan ruang supaya kita lebih dekat denganNya. Allah selalu ada. Kita yang alpa. Sama-samalah bersyukur selagi bernyawa. Alhamdulillah. – 3 Mac 2015

Bangun Tidur Jangan Lupa Ucap Alhamdulillah


Selamat pagi. Semoga hari ini kita menjadi lebih baik dari semalam. Bangun tidur jangan lupa ucap Alhamdulillah, masih dikurniakan nafas untuk bernyawa. Have a productive and great day! – 2 Mac 2015

Everything Has Been Written


Everything has been written. Everything. We are precisely where He wants us to be. Semoga semuanya baik-baik saja. Amin. – 1 Mac 2015


0 Response to "Status Sedih Nazim Setelah Di syaki Hidap Barah Otak"

Post a Comment

loading...