loading...
>
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
>

Lisa Surihani Berehat Dari Dunia Lakonan.

Lisa Surihani Berehat Dari Dunia Lakonan.


Memang satu keputusan bijak yang di ambil Lisa Surihani untuk berehat dari dunia lakonan.Wang bukan segalanya mahan kesihatan bayi dalam kandungan haruslah menjadi perkara utamanya.Baca petikan berita yang di ambil yang menyatakan Lisa ingin berehat.
 Pelakon dan pengacara TV Lisa Surihani 29 akui agak gusar untuk menerima tawaran untuk berlakon ketika sedang hamil.
Risau dengan kesihatannya serta berkeputusan untuk berehat seketika sebagai langkah berhati-hati demi anak pertamanya.
“Perasaan rindu kepada dunia lakonan sentiasa ada tetapi buat masa sekarang bagilah peluang dan ruang untuk diri sendiri untuk berehat seketika.
“Itu keputusan saya sekarang tetapi untuk akan datang saya tak pasti, bergantung kepada kekuatan diri saya dan tahap kekuatan fizikal,” ujar Lisa kepada portal Murai.com.my
Lisa yang ditemui para wartawan di Majlis Tayangan Perdana Cicakman 3 di Mutiara Damansara turut akui Yusry iaitu suaminya banyak menyokong dan member semangat.
“Yusry tahu 'passion' saya dengan dunia lakonan sehinggga dia sengaja membuat penggambaran di dalam rumah kami semata-mata untuk hilangkan rasa ‘tension’.
“Saya hanya boleh kongsikan cerita dan pengalaman hamil saya ini setakat ini sahaja, Inshaa Allah diwaktu akan datang, saya akan cerita dengan lebih mendalam terutama kepada peminat-peminat saya,” katanya dengan senyuman manis.
Mengenai filem Cicakman 3, Lisa memegang watak Linda  isteri kepada Man lakonan Zizak Razak yang menghadapi konflik rumahtangga dan kasih sayang mereka berdua.
Antara pelakon yangmembintangi filem ini Rashidi Ishak, Bell Ngasri, Fizz Fairuz, Azizah Mahzan dan Rykarl Iskandar. Cicakman 3 akan mula ditayangkan pada 12 Mac ini di seluruh pawagam di seluruh negara.

0 Response to "Lisa Surihani Berehat Dari Dunia Lakonan."

Post a Comment

loading...