loading...
>
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
>

Hubungan Elfira Loy dan Baim Wong ke tahap seterusnya.

Hubungan Elfira Loy dan Baim Wong ke tahap seterusnya.


Bila timbul gosip hubungan cinta antara artis memang sukar untuk mendapatkan kepastian daripada mereka.Begitu jugalah yang berlaku kepada pasangan Elfira Loy  dan Baim Wong.

Hubungan mereka telah menginjak ke tahun ke lima.Memang  satu tempoh yang agak lama.Tapi percayakah anda apabila ditanya tentang status hubungan,jawapannya adalah kawan rapat sahaja.



Melalui satu sumber,bagi Elfira Loy bila di tanya mengenai perkembangan hubungannya,dia hanya mampu menyatakan yang mereka masih dalam tahap kawan rapat.Antara sebabnya ialah dia hanyalah seorang perempuan dan keputusan di tangan lelaki.Kalau di fahami,memang Elfira hanya menunggu masa Baim Wong membuka mulut untuk memperisterikannya.

Antara petikan jawapan Elfira.

"Jika saya ini lelaki, barangkali saya boleh cakap lebih. Tapi saya hanya perempuan yang molek berdiam diri. Itu yang sepatutnya. Cuma sebelum ini apabila saya tidak mahu hal ini dicetuskan spekulasi, saya bersuara dan mengeluarkan kenyataan.
"Biar mungkin orang melihat hubungan kami seperti di tahap bercinta, saya boleh katakan dia hanya sekadar kawan rapat saja pada tahap sekarang. Saya ini memang jenis manusia dan wanita yang susah nak bercinta sebenarnya.
"Mungkin orang agak saya ini konservatif. Tak kisahlah. Tapi saya lihat dia (Baim) ini nak kenal saya melalui keluarga terutama ibu. Saya sedar dia ada niat baik untuk membawa hubungan ini ke peringkat seterusnya. Tetapi sejauh mana itu, semua ketentuan dan rezeki-Nya," kata Elfira.
Mungkin masanya akan hampir dalam masa terdekatsemuanya bukan kuasa kita.Namun,semenjak berhijab Elfira kelihatan lebih matang dan anggun.




0 Response to "Hubungan Elfira Loy dan Baim Wong ke tahap seterusnya."

Post a Comment

loading...