loading...
>
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
>

Ayda Jebat Di tuduh "Perampas"

Ayda Jebat Di tuduh "Perampas"

Memenangi anugerah di Anugerah Meletop Era 2015 menjadikan nama Ayda Jebat trending di media-media sosial.Pelbagai gosip yang bermain di media yang mengaitkan namanya antaranya kemenangannya di Anugerah Meletop Era 2015 adalah dengan mengundi dirinya sendiri.
Namun gosip terbaru yang melanda diri Ayda Jebat lagi hebat.Dia di katakan menjadi perampas milik orang.

Pelakon Ayda Jebat nafi dia menjadi punca hubungan cinta orang lain putus, malah dia belum terfikir untuk bercinta kerana kerjayanya baru saja bermula.
Saya peramah dan kepada mereka yang tidak kenal saya dengan rapat, mereka kata saya ‘over’ dan mengada-ngada.
Barangkali kerana sikap itu orang senang dengan saya.
Kenapa saya nak halang jika mereka nak berkawan dengan saya? Namun saya bukan perampas atau ingin menggoda suami atau kekasih orang.
Belum masa untuk saya bercinta kerana kerjaya saya baru bermula.
Kepada wanita di luar sana termasuk rakan artis, jangan bimbang, saya bukan pengacau jauh sekali untuk mengganggu hubungan cinta mereka.
Ada banyak lagi cita-cita saya belum tercapai.
Walaupun Anugerah MeleTop Era 2015 (AME2015) lebih seminggu berlalu tetapi kepada mereka yang menang pasti bahang kemenangan terus dirasai sehingga kini.
Pelakon baru berbakat Ayda Jebat, 22, yang tidak sangka akan memenangi Anugerah Bintang Baru MeleTOP dan Anugerah Utama iaitu Top Top MeleTOP menafikan dia mula lupa diri dan ‘demand’.
Sikap peramahnya juga disalah anggap sehingga dia dilabel sebagai ‘pengacau’ kebahagiaan orang lain.
Ayda menafikan segalanya kerana kehadirannya dalam industri hiburan tanah air adalah kerana minat serta mencari rezeki untuk dirinya dan keluarga.

0 Response to "Ayda Jebat Di tuduh "Perampas""

Post a Comment

loading...