loading...
>
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
>

Kisah di sebalik 'Tweet' Saari Amri Tentang Zamani dan Siti.

Hmm. Rupanye kisah status Saari Amri tidak habis di situ walaupun kini Zamani Slam sudah dibebaskan atas jaminan polis dan tidak mahu perkara itu dikaitkan dengan artis popular itu. Peminat dilihat terlalu ingin tahu apakah yang berlaku antara Siti Nurhaliza dan Zamani Slam suatu ketika dulu.
Ketika ditemubual MalaysianDigest, Saari Amri telah mengulas panjang lebar mengenai maksud sebenar status yang dimuat naik di akaun Facebooknya tempoh hari.
Katanya dipetik
Saya kenal Zamani sejak dari awal dia mula menyanyi. Dia pun banyak menyanyikan lagu-lagu ciptaan saya dan kami memang rapat malah, saya sering juga banyak menghabiskan masa dengan dia.
Pernah satu ketika saya bertanyakan pada dia mengapa dia jadi begitu dan saya nasihatkan dia supaya melupakan Siti dan menjalani hidup dengan lebih baik tetapi Zamani seorang yang sangat setia.
Jadi, apabila berita penangkapannya tersebar, saya berasa kasihan dengannya dan atas sebab itu saya ‘tweet’ sekadar mahu meluahkan rasa simpati dan meluahkan apa yang betul.
Sebenarnya ramai juga kenalan yang tahu tentang perkara itu tapi itu kisah lama. Tiada niat saya nak bangkitkan atau timbulkan apa-apa isu
Kami tidak pasti apa motif Saari Amri membebel panjang lebar mengenai perkara itu sedangkan tuan punya badan mahu perkara tersebut berlalu sahaja. Kami juga beranganggapan menyalahkan pihak lain akibat tindakan yang dilakukan diri sendiri adalah satu perkara yang tidak boleh diterima lagipun perkara tersebut sudah pun berlalu belasan tahun yang lalu.

0 Response to "Kisah di sebalik 'Tweet' Saari Amri Tentang Zamani dan Siti."

Post a Comment

loading...