loading...
>
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
>

POTRET MENANGIS PENJARA PUDU

POTRET MENANGIS PENJARA PUDU




Penjara Pudu,sebuah penjara yang menyimpan pelbagai kisah seram yang menjadi perbualan sejak sekian lamanya.

Penjara yang di bina di zaman penjajahan British pada tahun 1891 di katakan menyimpan pelbagai cerita dan rahsianya sendiri.

Pada tahun 2010,Penjara Pudu telahpun di robohkan.Namun kisah dan misterinya masih menjadi buah mulut orang ramai.

Antara cerita yang menjadi perbualan ialah kisah potret 'menangis' yang mana ia telah di lukis oleh seorang banduan di sebuah bilik air penjara itu.

Menurut salah seorang bekas banduan yang pernah menghuni penjara itu,Nasyitah,potret itu di lukis oleh seorang banduan yang sedang menunggu untuk untuk di jatuhi hukuman gantung sampai mati pada ketika itu.

Yang menjadi persoalan dan misterinya,lampu bilimk air itu akan terpadam jika di hidupkan.Di kala itulah akan terlihat potret yang di lukis banduan tersebut bercahaya dan seakan hidup.

Seperkara lagi,potret itu juga di katakan akan menangis apabila hari penggantungan seseorang banduan tiba.

Kisah-kisah tersebut merupakan cerita yang di sampaikan dari mulut ke mulut yang di anggap misteri.Sejauh mana kebenarannya hanya orang yang mengalaminya sahaja yang tahu.





0 Response to "POTRET MENANGIS PENJARA PUDU"

Post a Comment

loading...