loading...
>
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
>

PEKERJA KILANG MERUSUH

PEKERJA KILANG MERUSUH





Kejadian merusuh membabitkan pekerja kilang warga asing berlaku lagi.Sebelum ini pernah berlaku kejadian yang sama di Nilai,Negeri Sembilan di mana trak pihak Polis diterbalikkan oleh perusuh.

Kali ini kejadian berlaku di Kawasan Perindustrian Kelaawit,Kulai Johor,di mana kilang tersebut menghasilkan pemacu cakera keras.

Kejadian yang berlaku jam 9 pagi itu menyebabkan bahagian hadapan bangunan pejabat kilang itu rosak teruk dibaling objek keras.Manakala sebuah kereta milik pengurus kilang itu turut di bakar dan diterbalikkan.

Menurut salah seorang pekerja tersebut kejadian ini berpunca daripada sikap majikan yang suka menindas pekerja.Para pekerja sebelum ini di janjikan dengankemudahan asrama percuma tetapi telah di potong gaji mereka atas tujuan itu.

Selain itu,terdapat penipuan pada pembayaran gaji dimana gaji di bayar berlainan jumlahnya dari yang di janjikan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Deputi Supt Mohad Idris Samsuri mengesahkan kejadian dan tiada kecederaan dilaporkan berlaku.
“Belum ada sebarang tangkapan dibuat dan siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya dan menambah kata pihak pengurusan kilang akan mengadakan perbincangan bersama wakil pekerja dan pihak kedutaan Nepal.
Beliau ebrkata seramai 75 anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dan 50 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya dikerah ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.
–BERNAMA





0 Response to "PEKERJA KILANG MERUSUH"

Post a Comment

loading...