
Dunia artis memang tidak lari dari gosip dan perhatian.Menjadi lumrah sebagai anak seni dari awal pembabitan sehinggalah sisi peribadi seseorang selebriti itu pasti menjadi tumpuan.
Tanpa mengira sama ada kisah suka ataupun duka, keduanya sentiasa menjadi perbualan dan tidak dapat lari dari perhatian peminat mereka.
Terbaru, selebriti popular yang baru sahaja menimang cahaya mata menjadi buah mulut dan mangsa 'hatters' di laman-laman sosial.
Keputusan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya merahsiakan wajah puteri sulung mereka serta menamakan bayi itu sebagai 'Lara' mendapat kritikan segelintir peminat seni.
Kata mereka, nama Lara memang sedap didengar namun membawa maksud yang kurang baik iaitu berduka atau sengsara mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sebaliknya pula bagi Bahasa Latin, Ukraine dan Rusia, ada peminat yang memberitahu, maksud Lara membawa erti terkenal, perlindungan dan anggun.
Apa pun kita tunggu sahaja nama penuh anak Scha dan Awal yang digelar 'Baby Lara' itu. Apa sekali namanya, sama-sama kita doakan Lara menjadi anak yang baik dan sempurna akhlak agamanya serta dibesarkan dengan baik oleh bapa dan ibunya.
sumber :sinar online
0 Response to "NAMA ANAKNYA DIKRITIK!"
Post a Comment