loading...
>
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
>

KRIM 'AJAIB' DI RAMPAS.

KRIM 'AJAIB' DI RAMPAS.

Foto


Kajang : Sebuah syarikat yang di dakwa menjual krim 'ajaib' yang mampu menyembuhkan 30 penyakit serentak di serbu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Dikatakan syarikat itu milik pasangan VIP.

Berikutan dakwaan yang dianggap tidak munasabah dan menimbulkan rasa musykil kerana krim tersebut dapat menyembuhkan penyakit berbahaya seperti kencing manis,sakit jantung dan lumpuh dengan hanya menyapunya pada kulit tubuh.
Sumber Bahagian Penguatkuasa Farmasi (BPF) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, kewujudan krim ajaib itu terbongkar selepas pihaknya menerima aduan orang ramai.
Susulan itu sepasukan pegawai BPF Selangor melakukan pemeriksaan mengejut di premis syarikat itu kira-kira jam 11 pagi semalam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan, premis itu bertanggungjawab mengedarkan krim berkenaan kepada puluhan stokis di seluruh negara.

“Pihak BPF merampas sembilan kotak produk krim itu yang dijual dengan harga RM40 setiap kotak. Bagaimanapun kebanyakan produk kri
“Siasatan mendapati pemilik produk itu melakukan kesalahan serius berikutan mendakwa produk krim dijual itu boleh menyembuhkan pelbagai penyakit,” katanya.

Dia berkata, berdasarkan risalah diedarkan, produk itu didakwa mampu menyembuhkan penyakit berbahaya seperti batu karang, asma, gout, darah tinggi, kencing manis, sakit pinggang, sakit jantung, migrain dan pelbagai penyakit lain.
“Malah, krim itu turut dikatakan boleh menyembuhkan bisa akibat patukan ular dan sengatan haiwan. Semua dakwaan ini dianggap tidak munasabah dan meragukan.

“Tindakan itu jelas menyalahi Akta Ubat (iklan dan penjualan) 1956. Dua kakitangan syarikat itu sudah diambil keterangan berhubung penjualan produk itu yang didakwa diimport dari Brunei,” katanya.

Dia berkata, peniaga produk kecantikan atau makanan kesihatan seharusnya tidak meletakkan iklan atau mengedarkan risalah mendakwa produk dijual boleh merawat penyakit tanpa kelulusan KKM.

“Apa yang berlaku kini ramai pengusaha produk kecantikan dan makanan menggunakan iklan tidak munasabah untuk menarik perhatian pelanggan serta mendapatkan keuntungan.

“Mereka ini menggunakan promosi di media massa untuk meyakinkan pengguna sedangkan produk dijual bukanlah ubat disahkan KKM,” katanya.

Menurutnya, antara 20 penyakit yang dilarang mutlak untuk diiklankan adalah penyakit ginjal, jantung, kencing manis, sawan, lumpuh, batuk kering, lelah, kusta, barah, pekak, penagihan dadah, burut, penyakit mata, tekanan darah tinggi, sakit otak, mandul, mati pucuk, penyakit kelamin, lemah urat saraf hubungan seks dan dingin rasa seks.
sunber:sinar.

0 Response to "KRIM 'AJAIB' DI RAMPAS."

Post a Comment

loading...