| KERETA KEBAL TERBALIK |
Sandakan: Malang tidak berbau.Itulah yang di alami oleh enam orang anggota Tentera Darat Malaysia yang mengalami kemalangan melibatkan kereta kebal yang dinaiki.
Kemalangan itu di katakan berpunca apabila kereta kabal yang di gunakan dalam rondaan keselamatan itu hilang kawalan lalau terbalik.
Dalam insiden itu,2 orang anggota tentera telah terbunuh manakala 4 yang lain hanya cedera ringan.
Anggota terbabit yang terbunuh ialah ketua kru Sarjan Mohd Hanif Patahur Rahim, 31, dan Prebet Ahmad Fikri Mansor, 23, dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit.
Mereka yang tercedera pula ialah Koperal Mohd Faizal Ahmad, 29, Koperal Mohd Amaruddin Che Soh, 29, Lans Koperal Mohamad Haffez Khairudin, 24, dan Prebet Ifaiznor Ismail, 29,dan di rawat di Hospital Duchess of Kent, di sini.
Difahamkan, semua anggota terbabit dari Kem Batu 10, Kuantan, Pahang yang berkhidmat di sini bagi tugasan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mulai 15 Jun lalu hingga 15 September ini.
Ketika kejadian, mereka dalam perjalanan pulang ke Kem Sri Kinabatangan, dekat sini, bersama sebuah lagi kereta kebal selepas menjalankan rondaan keselamatan di Labuk Bay.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Superintendan Fadzil Mohd Ali berkata, siasatan awal mendapati semua anggota tentera berkenaan dipercayai baru selesai menjalankan rondaan keselamatan dan dalam perjalanan pulang ke Kem Sri Kinabatangan.
0 Response to "KERETA KEBAL TERBALIK.2 ASKAR MAUT"
Post a Comment