loading...
>
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
>

BUNUH IBU SOROK DALAM BAGASI

BUNUH IBU SOROK DALAM  BAGASI

Mayat pelancong AS dalam beg pakaian


BALI -  Seorang remaja Amerika Syarikat yang disyaki membunuh ibunya kemudian menyumbat mangsa ke dalam sebuah beg pakaian di sebuah resort terkemuka di Bali hari ini diarah menjalani pemeriksaan mental.
Polis berkata, remaja itu, Heather Mack, 19, ketika disoal siasat mendakwa dia dan ibunya, Sheila von Wiese Mack, 62, dirompak tiga orang lelaki bilik penginapan hotel mereka sebelum mangsa dibunuh.
Bagaimanapun, polis berkata, Heather dan teman lelakinya, Tommy Schaefer, 21 yang telah ditahan kini menjadi suspek utama selepas terdapat bukti bagi mendakwa mereka.
Mayat Sheila ditemui semalam disumbat di dalam beg pakaian sebelum diletakkan di dalam bonet sebuah teksi di hadapan sebuah hotel.
Ketua polis daerah, Cif Djoko Hari Utomo memberitahu agensi berita AFP, satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan pasangan tersebut sedang mengusung beg pakaian yang dipercayai mangsa turun dari bilik ke lobi menggunakan tangga kecemasan kini menjadi bukti utama siasatan. - AFP
sumber:kosmo online

0 Response to "BUNUH IBU SOROK DALAM BAGASI"

Post a Comment

loading...