Sekadar gambar hiasan

Selepas redanya isu babi yang di katakan dijumpai di dalam sampel coklat Cadbury,pengguna laman sosial Facebook gempar apabila tersebarnya lima keping gambar menunjukkan sebuah kolam menternak ikan air tawar yang didakwa menggunakan bangkai babi sebagai makanan ikan.

Amat malang bagi kita pengguna Islam dan gambar dan info terbabit turut tersebar di aplikasi WhatsApp pada petang semalam membincangkan kesahihan dakwaan rangka babi yang tidak dapat diketahui.

pMenurut pengguna laman sosial yang menggunakan nama Khirul Adnan Hamid mendakwa, kolam ternakan terbabit menjadi tumpuan warga Ipoh apabila ia pecah namun beliau terkejut apabila terdapat tulang dan kepala binatang dipercayai babi dalam kolam yang telah kering.

“Ya ikan itu makan babi dan kita makan ikan itu... tak dinafikan 99 peratus penternak bukan Islam bagi (ikan) makan babi, biasa saya dengar bagi makan usus babi, kali ini seekor babi dicampak di dalam kolam.

“Ia tulang babi sebab ada seorang seorang bukan Islam yang datang pun cakap babi, kalau kita fikir secara logik takkan orang nak letak lembu seekor dalam kolam sebab lembu mahal dan tak pernah lagi orang buat, pengalaman saya biasanya orang akan letak bangkai babi atau kuda,” tulisnya ketika menjawab persoalan pengguna lain di laman Facebook mengenai kesahihan dakwaannya, semalam.

Rata-rata pengguna memberi reaksi negatif kepada penemuan dibongkarkan Khirul Adnan dan mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tersebut.

Dikatakan ramai pengguna meletakkan kenderaan sepanjang laluan Lebuhraya Ipoh – Lumut semalam apabila kolam ternakan terbabit pecah.

Sementara itu, Penasihat Pertubuhan Pencinta Alam dan Sukan Memancing Perak, Harrie Maulana berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan ataupun maklumat mengenai kejadian itu.

Bagaimanapun, pihaknya merasakan kewujudan rangka haiwan di dalam kolam berkenaan berkemungkinan penternak atau pemilik kolam memberi makan bangkai kepada ikan.

“Perkara itu bukanlah sesuatu yang memeranjatkan sebab spesies ikan jenis patin dan keli merupakan pemakan bangkai. Malah saya pernah lihat ada pengusaha kolam yang membuang bangkai dalam kolam mereka.