Dalam kegembiraan kita menyambut Syawal,ada juga insan yang sepatutnya merasa pengalaman baru dan meraikan hari yamh mulia ini terpaksa memendam rasa menganggung keperitan.
Begitulah halnya yang terjadi kepada golongan saudara baru yang di buang,di tinggal dan di sisihkan keluarga keran memeluk islam.
Seorang aktivis dan ahli kumpulan nasyid Safiya, Nuraian T Abdullah yang telah 15 tahun menjadikan Islam sebagai agamanya, terpaksa menempuh kenyataan dibuang keluarga kandung sebaik dia memaklumkan telah memeluk Islam.
Dia yang berasal dari Sabah mengakui bukan mudah untuk menhadapi keadaan itu kerana terlampau baru memeluk islam dan belum begitu mengenali Islam.
“Pada mulanya memang ia agak sukar dan sangat mencabar bagi saya, saya dibuang keluarga dan dihalau dari rumah. Kemudian saya berpindah ke Kuala Lumpur, cuba belajar hidup sendiri dan berdikari,” katanya.
Bagi Nurain,yang dahulunya bekerja sebagai penyanyi kelab malam berkata,dia merupakan insan yang cukup bertuah kerana ALLAH membantu mempertemukan dirinya dengan rakan-rakan yang mampu memberikan bimbingan agama dan akidah yang lebih mendalam.
“Alhamdulillah saya ditemukan dengan kawan-kawan yang baik, mereka bawa saya pergi belajar dan mendalami ilmu agama sedikit demi sedikit. Dari situlah bermulanya dakwah saya sebagai seorang umat Islam kepada keluarga saya.
Katanya lagi,sebagai seorang anak cabaran yang paling perit ialah terasa kehilangan yang amat sangat.Rasa terpinggir kerana tiada pihak yang tampil memberikan sokongan.Mujur ada seorang rakan yang telah membantu saya sehingga kini.
Hampir 10 tahun lamanya Nurain berusaha untuk mendekatkan diri kepada keluarganya semua.Akhirnya keluarga menerimanya kembali dan dengan sedikit ilmu yang telah dia pelajari dapatlah dia menarik 10 ahli keluarganya yang lain memeluk islam.
Yelizaveta,seorang lagi saudara baru yang berasal dari Kazakhstan pula mempunyai pengalaman yang berbeza.Pernah bertengkar dengan ibunya mengenai akidah islam yang di amalkan menyebabkannya kecewa.Ibunya pernah menaggalkan hijabnya hanya kerana tidak setuju dengan pendiriannya yang terus menganut islam.
“Keluarga saya tidak menganut mana-mana agama, sebab itulah emak tidak dapat menerima kenyataan pengislaman saya. Dia menangis dan bersedih sebaik sahaja dia mendapat tahu saya memeluk Islam. Mereka menentang saya dan agama saya (Islam).
“Mereka menentang semua yang berkaitan dengan keagamaan, mereka percaya bahawa ia tidak penting bagi semua orang untuk menganut mana-mana agama. Bagi mereka, adalah lebih baik jika saya jadi diri sendiri dan letakkan kepercayaan kepada diri sendiri. Sebab itulah emak masih terkejut dengan kenyataan ini,” katanya.
Bagi mereka yang berhijab di negaranya,tiada syarikat akan menerima mereka bekerja.Tiada kemudahan untuk bersolat dan beribadah.
Berbeza dengan suasana di Malaysia di mana kebebasan mengamalkan ajaran islam memang jauh berbeza.Dmana-mana di sediakan tempat untuk bersolat dan tiada larangan untuk berhijab.
Lain pula halnya dengan seorang lagi saudara baru iaitu Mimi Than Siew Mei.Baru berusia 18 tahun dan baru beberapa bulan lepas memeluk islam.
Namun,beliau masih takut untuk berterus terang dengan kedua ibubapanya.Dan menyedari akan tenyangan yang bakal dihadapinya,Mimi mengambil keputusan untuk mengistiyarkan keislamannya melalui video yang di rakam oleh Sinar Tv.
“Keluarga saya berada di Ipoh, Perak, ayah berbangsa Cina manakala emak pula Orang Asli, mereka tidak tahu bahawa saya sudah memeluk Islam dan kembali ke jalan yang benar, jadi saya ingin mengambil kesempatan di dalam bulan Ramadan ini untuk mengistiharkan pengIslaman saya pada keluarga.
Keran ingin mendalami lebih lanjut tenyang ajaran islam,Mimi kini tinggalk bersama sebuah keluarga mualaf yang banyak membantunya.
0 Response to "DIBUANG KERANA ISLAM."
Post a Comment