
Akibat berkongsi gambar 'selfie', seorang wanita maut dalam perjalanan di Amerika Syarikat.
Kereta yang di naiki Collette Moreno,28,yang duduk di bahagian penumpang bertembung dengan kenderaan lain ketika pemandunya cuba memotong sebuah lori yang menyebabkannya maut di tempat kejadian.
Pemandu kereta tersebut yang juga merupakan kawan baiknya,Ashley Theobald,tidak mengalami kecederaan yang serius.
Menurut Theobald,8 minit sebelum kejadian Moreno sempat ber'selfie'di dalam kenderaan itu bersamanya dan menunjukkan mereka bergembira dengan perjalanan itu.
"Saya cuba untuk memintas dan sebuah lagi lori datang dari arah depan," ujar Theobald.
Moreno merupakan penghidap asma dan asap menyebabkan dia batuk.
Peronda Lebuhraya Missouri berkata, Theobald boleh didakwa atas pemanduan cuai.
0 Response to "'Selfie" Maut"
Post a Comment