loading...
>
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
>

Perodua Kurangkan Rm 5300

PERODUA KURANGKAN RM 5300.



Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) telah memberi pengurangan harga sehingga RM 5300 keatas semua varian model Viva keluaran syarikat itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh berkata,melalui penjimatan kos syarikat sejak tahun 2011 pengurangan harga itu dapat dilakukan untuk pelanggan syarikat.

Pengurangan harga ini bertepatan kerana ia menjadiakan kereta Viva kerea aras permulaan paling mampu milik di negara ini,selari dengan saranan kerajaan untuk menghasilkan lebih banyak model kereta mampu milik di negara ini.

“Pelanggan kami juga dapat pakej servis percuma selama tiga tahun yang kini ditawarkan kepada semua pelanggan baharu Perodua,” katanya dalam satu kenyataan.
Pengurangan harga itu bermula hari ini di semua 181 pusat jualan Perodua di seluruh negara.
Model Viva AM6BXD kini berharga RM22,000 (selepas pengurangan RM3,000) dan Viva AM1EZD RM36,800 (selepas pengurangan RM4,500) manakala model Viva AM8EXD, AM1BZD dan AM1GXD pula masing-masing berharga RM27,900, RM29,900 dan RM32,900 selepas
harga jualannya dikurangkan sebanyak RM5,300.

Selain pengurangan harga itu, Perodua akan memberi bonus tunai RM800 kepada pembeli yang mendaftarkan kereta Viva antara 17 Jun dan 31 Ogos tahun ini.



0 Response to "Perodua Kurangkan Rm 5300"

Post a Comment

loading...