Kuala Lumpur-Bekas Mufti Perlis,Prof. Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di tewaskan oleh Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam pemilihan Anugerah Penulis PIlihan Kategori Islamik pada Anugerah Grup Buku Karangkraf.Hasil nukilan beliau yang bertajuk Bicara Ini Demi Illahi telah di pilih oleh peminat.
Nama-nama besar lain yang turut di tewaskan oleh Nik Aziz adalah seperti Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj,Mohd Nasruddin Dasuki dan Prof.Madya Rasid Muhammad.
Mohd Sofian Rosali yang bertanggungjawab sebagai editor biku tersebut menyifatkan kemenangan ini sebagai satu bonus.
Namun,Nik Aziz tidak dapat menghadirkan diri menerima anugerah berkenaan.
Buku Bicara Ini Demi Illahi sebenarnya di adaptasi daripada siri-siri ceramah yang di sampaikan oleh Nik Aziz dan diterjemahkan dalam bentuk yang lebih muda untuk di fahami.
Ia juga mengandungi pelbagai nasihat dari datuk kepada cucunya yang berguna sebagai pedoman pembaca.
Menurutnya lagi,bacalah buku ini mengikut sudut pendidikan akhlak,pembangunan keluarga dan agama.Janganlah di pandang dari sudut politik.
Sementara itu,anugerah yang julung kali di pertandingkan itu menyaksikan 30 kategori di pertandingkan dan setiap kategori menerima hadiah sebanyak Rm 30,000.
0 Response to "Nik Aziz Tewaskan Asri"
Post a Comment